Thursday 24 May 2012

GURU SEMASA ( PART V )

Sedang enak Elena melayari internet, telefon bimbitnya berdering mendendangkan lagu OST Ombak Rindu nyanyi Adira dan Hafiz.

       “Hai, siapa pula lah yang ngada-ngada call aku malam-malam buta ni?” rungut Elena sambil kaki menuju pantas ke penjuru katil, telefon Blackberry Curve terletak elok disitu.

Tertera di skrin telefon nama si pemanggil, Raihan. Ya Allah! Mamat ni nak apa? Segera Elena menekan punat ‘answer’.

       “Assalamualaikum!” suara garau milik Raihan memberi salam.

“Hmm.. Waalaikummusalam! Kau nak apa call aku pagi buta ni?” Sengaja Elena membuat suara kantuk, ditambahkan sedikit nada menguap. Malas sebenarnya dia melayan lelaki tak faham bahasa melayu seperti Raihan ni.

         Sudah berkali-kali dia beri amaran kepada ‘kasanova tak sedar diri’ itu agar tidak menganggu dia lagi. Acap kali juga di menukar nombor telefon agar Raihan tidak lagi menaruh harapan terhadapnya. Dia bukanlah perempuan yang mudah jatuh hati pada lelaki.

“You dah tidur ke? Sorry ganggu you pagi buat macam ni” Gugup suara Raihan berbicara. Entah mengapa tiba-tiba berlaku.

         “Kau nak apa call aku ni?” tanya Elena sekadar berbasi-basa.

“Aku nak ajak kau pergi birthday party aku. Bukan parti bukan-bukan ya! Makan-makan, minum-minum, borak-borak. Macam mana? Nak join tak?” soal Raihan beria sekali. Niat dia mengundang Elena ke rumah ibubapanya adalah untuk memperkenalkan Elena pada keluarganya.

        “Bila?” tanya Elena

“Esok” berdebar-debar Raihan menunggu saat ini .

         “Esok? Aku tak free kot. Sorry lah Raihan” segera Elena mematikan telefon. Dia tidak mahu diganggu buat masa ini. Jiwa dan raganya sentiasa teringat akan janjinya terhadap Daniel.

“Saya janji yang saya tak akan berkawan dengan mana-mana lelaki selain awak!” terimbas kembali kata-kata janji yang telah dia keluarkan dari mulutnya sendiri.

“Ah boleh jadi gila aku macam ni!” serentak biliknya diketuk seseorang.

Elena melangkah longlai menuju ke muka pintu.
“Assalamualaikum awak!” jejaka yang sentisa menbuat dia tidak keruan sedang berada dihadapannya .

“Daniel!’' Elena terjaga dari tidur . “Ya Allah! Mimpi rupanya
"