Tuesday 27 December 2011

GURU SEMASA ( part IV )

Pintu utama terkuak. Terpancul wajah Daniel yang keletihan. Mungkin banyak kerja yang sudah dibereskan di pejabat tadi.

    “Assalammualaikum, Abang!” ujar Elena dahulu kerana tiada sepatah perkataan keluar dari mulut Daniel  sejak pulang kerja. Elena menghulurkan secawan teh panas.

“Waalaikummussalam! Perli abang ya?” balas Daniel lalu menyambut huluran isterinya.
         “Mana adalah! Abang nak makan? Elena dah masak. Hari ni kita makan ikan siakap stim. Lauk kegemaran abang!” kata Elena girang sekali. Sengaja Elena masak lauk itu kerana dia tahu setiap kali Daniel pergi ke pejabat awal pasti dia pulang dengan keletihan.

“Wah! Sedapnya. Dah lama abang tak makan masakan sayang yang satu tu!” Elena terkedu. Daniel sengaja berkata begitu ataupun mahu bergurau dengan dia? “Hei! Kenapa termenung ni?” pertanyaan Daniel membuatkan Elena tersedar dari khayalan.

     “Apa maksud abang ‘dah lama’?” soal Elena seperti orang bodoh.

“Err..tak ada apa la! Abang naik dulu nak mandi!” jawapan Daniel bagai menyembunyikan sesuatu dari dia. Elena hanya mampu melihat Daniel berlalu pergi. Daniel sudah berubah! Hati dia tergetar-getar menahan sakit di hati.

     Usai menjamah makan malam, Elena mencuci pinggan mangkuk yang masih tidak berbasuh. Daniel masih berada disisi meja makan, merenung Elena. Makin susut pula, tengok badan Elena ni. Omel Daniel spontan.

“Elena tak sihat ke?” soal Daniel pendek.
    
      “Sihat! Kenapa abang tanya macam tu?” jawap Elena beserta dengan soalan.

“Abang naik dulu” pinta Daniel. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni Daniel acapkali lari dari menjawab segala pertanyaannya. Sentiasa diamkan diri. Selesai sudah kerja mencuci, Elena melangkah perlahan-lahan anak tangga.

    “Assalamualaikum..” selamba Elena memulas tombol pintu bilik bacaan.
“Waalaikummussalam” Daniel menjawap salam isterinya lambat-lambat.

“A.. bang si.. buk ?” ujar Elena. Terketar-ketar suaranya bertanya. “Sibuklah juga.” seloroh Daniel. Tiada lagi suara manja dari Daniel. Elena mengangkat kaki ingin beredar ke kamar utama. Mungkin Daniel berasa terganggu dengan kehadiran dia.

     Tiba-tiba tangan kanan Elena direntap kasar oleh Daniel. Elena dan Daniel saling berdakapan.
Merah padam wajah Elena kerana terkejut.
            
          “Maafkan abang sayang!”

---------------------------------------------------
Assalamualaikum reader's . Untuk pengetahuan anda semua. Guru Semasa (IV) adalah cerpen yang terakhir. Sorry sangat jika cerpen Guru Semasa tak se'best' cerpen lain. Maklumlah saya ni baru je nak berjinak-jinak dalam bidang penulisan. Terima Kasih kerana sudi membaca karya saya yang tak seberapa ini :)

No comments:

Post a Comment