Friday 4 November 2011

GURU SEMASA ( PART II )

                 ''Elena ,aku lapar lah!'' jerit Aulia pada aku . ''Maaf kawan , assignment aku belambak lagi nak kena buat ya , nak makan pergi lah Kedai Ane Mamak pakwe kau tu'' jawap aku selamba sambil mengenakan Aulia dengan lawak jenaka yang bakal meledakkan ketawa aku . ''HAHAHAHA'' aku ketawa geli hati . Sempat pula aku tukar status hubungan Aulia , tahu dek Eddy habis aku dikerjakan . ''Hehh! Jangan sama kan Ane Mamak tu dengan Eddy aku yaa , Aku bagitahu Eddy karang baru kau tahu!'' jerit Aulia geram lalu memasamkan mukanya yang comel itu . Kan dah agak dia bakal cakap macam tu .'' Aku gurau aja lah , jangan lah ambil hati! Macam tak tahu pula aku ni macam mana'' Aku tersengih kecil . ''Eh , layan kau sampai tak jalan kerja aku'' kata aku geram sambil mencubit paha gebu Aulia .

                 Sedang aku menyiapkan kerja yang hampir nak siap aku diganggu dengan nada halus dengkuran seseorang . ''Tidur rupanya'' rasa simpati menerjah ke dalam jiwa .''Aulia! Aulia! Bangun lah! Nak pergi makan ke tak ni ? '' kata aku sambil mengoncangkan badan Aulia . Tak bangun lagi ? Terlelap sampai diulit mimpi indah la tu . ''Aulia !! '' Jerit aku ke dalam lubang telinga Aulia . ''Oii mak engkau'' Aulia melatah akibat terkejut mendengar aku menjerit . Aku ketawa kecil . Hari ini saja sudah berapa kali aku ketawa dek kelucuan gelagat sahabat aku seorang ni . ''Nak pergi makan tak ?'' tanya aku kepada Aulia yang masih dalam keadaan mamai lagi . ''Nak!'' jawap dia perlahan dan mengosok mata nya beberapa kali . ''Cepat siap aku tunggu dekat kereta'' kata aku lalu meninggalkan dia keseorangan di dalam bilik . Sedang aku berjalan perlahan menuju ke tempat letak kereta kesayangan aku , tiba-tiba telefon bimbit aku berdering meminta untuk diangkat .

               ''Assalamualaikum Daniel' .'' jawap aku tenang .'' Waalaikummusalam , Elena buat apa? busy ke?'' tanya dia bertubi-tubi . ''On the way nak keluar makan , kenapa ?'' tanya aku pelik . ''Dengan siapa ?'' tanya dia lagi ''Siapa lagi kalau bukan si Aulia tu , Elena ni mana la ada teman istimewa '' jawap aku lagi sambil menghidupkan enjin kereta Swift merah menyala aku . Dengan tiba-tibanya Daniel mematikan talian bimbitnya . Aik ? Dia telefon aku tapi dia pula yang matikan telefon dulu . Apa lah ! aku bermonolog .

                ''Kita makan Mc'D aja lah'' kata Aulia yang berbaju kuning air . Cantik ! ''Baik bos'' Aulia mengelengkan kepalanya . Pelik agaknya . ''Kau kenapa ? Gembira semacam aja ?'' tanya dia buntu mungkin kerana melihat aku gembira sebegini . ''Mana ada apa-apa la !'' jawap aku serius ''Tadi kau cakap dengan siapa ?'' tanya dia pelik , mungkin dia ingat aku bercakap dengan hantu ''Oh , lupa pula nak bagitahu , tadi Daniel telefon aku '' aku tersengih . ''Amril Daniel ?'' tanya dia lagi meminta kepastian . ''Iya'' jawap aku pendek .

                ''Aulia tolong order kan . Please!'' harap-harap lah dia nak bantu aku kali ni . Tiba-tiba pula malas menguasai diri aku , Aulia . ''Iya lah '' kata dia mengalah . '' Macam biasa tau'' jerit aku perlahan . Dari jauh aku dapat lihat dia menganguk lemah . 

                Macam Daniel ? Eh , betul lah ! Dengan siapa pula dia berkepit tu . Baru balik dari Canada , dah ada kekasih baru . Pantang nampak dahi licin ! Kau tunggu kejap , aku bagitahu Elena .


*Sampai disini sahaja yang mampu saya coretkan serba sedikit kesinambungan cerpen 'Guru Semasa' :)
-12:59 pagi-04/11/11-

5 comments:

  1. Awesome! teruskan!! tk sabar nk tunggu part 3 pula! lepasni dah boleh buat novel pastu jual hihi!

    ReplyDelete
  2. Doakan saya idea datang mencurah-curah :) Dapat awak baca part yang seterusnya :)Terima Kasih .

    ReplyDelete
  3. of course. saya akan doakan smoga novel ni siap dgan jayanya dan sempurna. smoga idea awak tk putus-2 okay. Good Writer :)

    ReplyDelete
  4. Hi Kak Auliyya ! Dah ada part yang seterusnya pun . tinggal nak dibaca jeh . Terima Kasih :)

    ReplyDelete