Saturday 31 December 2011

TERIMA KASIH :)

Assalamualaikum reader's. Tepat 12.00 pagi-01.01.2012 adalah saat-saat pengakhiran untuk saya berFacebook, berTwitter dan juga berBlog. Untuk pengetahuan reader's cerpen cinta 'Guru Semasa' yang disiarkan didalam blog Chocolatesummer adalah potongan dari cerpen sebenar. Maaf sekiranya ada sebarang kekeliruan yang berlaku. Terima Kasih kepada yang sudi membaca 'Guru Semasa' karya fiksyen sulung saya. Terima Kasih juga kepada Syamim Balqis (Bestie Saya), Kak Auliyya, Anismira dan Insan serta Ibu saya Rosnani Muhammad. Thanks for support okay :) Tahun depan merupakan tahun mencabar saya kerana saya adalah calon Peperiksaan Menengah Rendah 2012. Doakan saya berjaya dalam bidang pelajaran dan bidang penulisan ya. Terima Kasih :)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

INI ENTRY TERAKHIR SAYA . Assalamualaikum Reader's :)

Tuesday 27 December 2011

GURU SEMASA ( part IV )

Pintu utama terkuak. Terpancul wajah Daniel yang keletihan. Mungkin banyak kerja yang sudah dibereskan di pejabat tadi.

    “Assalammualaikum, Abang!” ujar Elena dahulu kerana tiada sepatah perkataan keluar dari mulut Daniel  sejak pulang kerja. Elena menghulurkan secawan teh panas.

“Waalaikummussalam! Perli abang ya?” balas Daniel lalu menyambut huluran isterinya.
         “Mana adalah! Abang nak makan? Elena dah masak. Hari ni kita makan ikan siakap stim. Lauk kegemaran abang!” kata Elena girang sekali. Sengaja Elena masak lauk itu kerana dia tahu setiap kali Daniel pergi ke pejabat awal pasti dia pulang dengan keletihan.

“Wah! Sedapnya. Dah lama abang tak makan masakan sayang yang satu tu!” Elena terkedu. Daniel sengaja berkata begitu ataupun mahu bergurau dengan dia? “Hei! Kenapa termenung ni?” pertanyaan Daniel membuatkan Elena tersedar dari khayalan.

     “Apa maksud abang ‘dah lama’?” soal Elena seperti orang bodoh.

“Err..tak ada apa la! Abang naik dulu nak mandi!” jawapan Daniel bagai menyembunyikan sesuatu dari dia. Elena hanya mampu melihat Daniel berlalu pergi. Daniel sudah berubah! Hati dia tergetar-getar menahan sakit di hati.

     Usai menjamah makan malam, Elena mencuci pinggan mangkuk yang masih tidak berbasuh. Daniel masih berada disisi meja makan, merenung Elena. Makin susut pula, tengok badan Elena ni. Omel Daniel spontan.

“Elena tak sihat ke?” soal Daniel pendek.
    
      “Sihat! Kenapa abang tanya macam tu?” jawap Elena beserta dengan soalan.

“Abang naik dulu” pinta Daniel. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni Daniel acapkali lari dari menjawab segala pertanyaannya. Sentiasa diamkan diri. Selesai sudah kerja mencuci, Elena melangkah perlahan-lahan anak tangga.

    “Assalamualaikum..” selamba Elena memulas tombol pintu bilik bacaan.
“Waalaikummussalam” Daniel menjawap salam isterinya lambat-lambat.

“A.. bang si.. buk ?” ujar Elena. Terketar-ketar suaranya bertanya. “Sibuklah juga.” seloroh Daniel. Tiada lagi suara manja dari Daniel. Elena mengangkat kaki ingin beredar ke kamar utama. Mungkin Daniel berasa terganggu dengan kehadiran dia.

     Tiba-tiba tangan kanan Elena direntap kasar oleh Daniel. Elena dan Daniel saling berdakapan.
Merah padam wajah Elena kerana terkejut.
            
          “Maafkan abang sayang!”

---------------------------------------------------
Assalamualaikum reader's . Untuk pengetahuan anda semua. Guru Semasa (IV) adalah cerpen yang terakhir. Sorry sangat jika cerpen Guru Semasa tak se'best' cerpen lain. Maklumlah saya ni baru je nak berjinak-jinak dalam bidang penulisan. Terima Kasih kerana sudi membaca karya saya yang tak seberapa ini :)

Thursday 15 December 2011

GURU SEMASA ( part III )

Hidup tak sentiasanya ceria dan indah Elena! Adakalanya kita suka dan adakalanya kita duka dengan perkara yang terjadi. Takdir Elena! Takdir! Macam roda sebenarnya kehidupan ini. Seakan indah, tenang dan damai kala di atas. Jika kita berada di bawah, penuh dengan dusta yang tak terungkap ertinya.

     Tak mengapalah, biar aku sahaja yang rasa derita ini.

Ya, Allah! Besar benar dugaanMu terhadap hambaMu yang naif ini. Kedua belah mataku mendarat pada figura disebelah. Lena tidurmu sayang!

     "Tak mengapalah abang, biarlah Elena seorang menanggung beban ini" aku menitiskan air mata dan tiba-tiba ibu jari milik suamiku mengusap lembut air jernih yang mengalir tanpa di minta pipiku.

"Kenapa menangis ni sayang?" pantas saja aku mengelengkan kepala tanda tiada apa yang berlaku.

      "Abang tidur la. Elena okey. Elena nak ke tandas sekejap" aku mempercepatkan langkah menuju ke bilik air.

Aku meruap wajahku dengan kedua belah tapak tangan. Mampukah aku melakukannya? Ikhlaskah hati ini mengizikannya? Cemburukah aku nanti? Bertubi-tubi aku menyoal diri ini.

       Aku membersihkan wajah putih bersihku lalu mengambil wuduk. Niat dihati ingin menunaikan solat istikharah, moga diberi petunjuk. Insya-Allah!

Usai menyidaikan telekung pemberian Nek Ya tika menunaikan umrah dahulu, aku mencium dahi Daniel.

       "Elena izinkan abang nikahi Imelda." kataku separuh berbisik. Akhirnya, tidur aku selena dan setenang Daniel.
_____________________

* baca dengan hati yang terbuka. Menulis secara sepintas lalu. Jangan terkejut. Assalammualaikum reader's :)

Friday 4 November 2011

GURU SEMASA ( PART II )

                 ''Elena ,aku lapar lah!'' jerit Aulia pada aku . ''Maaf kawan , assignment aku belambak lagi nak kena buat ya , nak makan pergi lah Kedai Ane Mamak pakwe kau tu'' jawap aku selamba sambil mengenakan Aulia dengan lawak jenaka yang bakal meledakkan ketawa aku . ''HAHAHAHA'' aku ketawa geli hati . Sempat pula aku tukar status hubungan Aulia , tahu dek Eddy habis aku dikerjakan . ''Hehh! Jangan sama kan Ane Mamak tu dengan Eddy aku yaa , Aku bagitahu Eddy karang baru kau tahu!'' jerit Aulia geram lalu memasamkan mukanya yang comel itu . Kan dah agak dia bakal cakap macam tu .'' Aku gurau aja lah , jangan lah ambil hati! Macam tak tahu pula aku ni macam mana'' Aku tersengih kecil . ''Eh , layan kau sampai tak jalan kerja aku'' kata aku geram sambil mencubit paha gebu Aulia .

                 Sedang aku menyiapkan kerja yang hampir nak siap aku diganggu dengan nada halus dengkuran seseorang . ''Tidur rupanya'' rasa simpati menerjah ke dalam jiwa .''Aulia! Aulia! Bangun lah! Nak pergi makan ke tak ni ? '' kata aku sambil mengoncangkan badan Aulia . Tak bangun lagi ? Terlelap sampai diulit mimpi indah la tu . ''Aulia !! '' Jerit aku ke dalam lubang telinga Aulia . ''Oii mak engkau'' Aulia melatah akibat terkejut mendengar aku menjerit . Aku ketawa kecil . Hari ini saja sudah berapa kali aku ketawa dek kelucuan gelagat sahabat aku seorang ni . ''Nak pergi makan tak ?'' tanya aku kepada Aulia yang masih dalam keadaan mamai lagi . ''Nak!'' jawap dia perlahan dan mengosok mata nya beberapa kali . ''Cepat siap aku tunggu dekat kereta'' kata aku lalu meninggalkan dia keseorangan di dalam bilik . Sedang aku berjalan perlahan menuju ke tempat letak kereta kesayangan aku , tiba-tiba telefon bimbit aku berdering meminta untuk diangkat .

               ''Assalamualaikum Daniel' .'' jawap aku tenang .'' Waalaikummusalam , Elena buat apa? busy ke?'' tanya dia bertubi-tubi . ''On the way nak keluar makan , kenapa ?'' tanya aku pelik . ''Dengan siapa ?'' tanya dia lagi ''Siapa lagi kalau bukan si Aulia tu , Elena ni mana la ada teman istimewa '' jawap aku lagi sambil menghidupkan enjin kereta Swift merah menyala aku . Dengan tiba-tibanya Daniel mematikan talian bimbitnya . Aik ? Dia telefon aku tapi dia pula yang matikan telefon dulu . Apa lah ! aku bermonolog .

                ''Kita makan Mc'D aja lah'' kata Aulia yang berbaju kuning air . Cantik ! ''Baik bos'' Aulia mengelengkan kepalanya . Pelik agaknya . ''Kau kenapa ? Gembira semacam aja ?'' tanya dia buntu mungkin kerana melihat aku gembira sebegini . ''Mana ada apa-apa la !'' jawap aku serius ''Tadi kau cakap dengan siapa ?'' tanya dia pelik , mungkin dia ingat aku bercakap dengan hantu ''Oh , lupa pula nak bagitahu , tadi Daniel telefon aku '' aku tersengih . ''Amril Daniel ?'' tanya dia lagi meminta kepastian . ''Iya'' jawap aku pendek .

                ''Aulia tolong order kan . Please!'' harap-harap lah dia nak bantu aku kali ni . Tiba-tiba pula malas menguasai diri aku , Aulia . ''Iya lah '' kata dia mengalah . '' Macam biasa tau'' jerit aku perlahan . Dari jauh aku dapat lihat dia menganguk lemah . 

                Macam Daniel ? Eh , betul lah ! Dengan siapa pula dia berkepit tu . Baru balik dari Canada , dah ada kekasih baru . Pantang nampak dahi licin ! Kau tunggu kejap , aku bagitahu Elena .


*Sampai disini sahaja yang mampu saya coretkan serba sedikit kesinambungan cerpen 'Guru Semasa' :)
-12:59 pagi-04/11/11-

Friday 28 October 2011

'GURU SEMASA'

      7 Tahun Kemudian ,

Ya Allah , tak mungkin dia . Amril Daniel , lelaki yang tak pernah aku lupa lirik jelingan mata nya , mata itu juga lah yang pernah buat aku tidak tidur malam . Adakah dia sudah kembali setelah sekian lama meninggalkan tanah air . Tiba-tiba aku disapa seseorang . ''Are you Elena Azwa?'' Aku terpana seketika . Lelaki di depan mata aku sudah jauh berubah . Makin handsome . Aku ketawa kecil di dalam lubuk hati . ''May i know who you're ?'' aku tidak menjawap pertanyaan dia malah aku mengutarakan soalan yang sudah pasti aku tahu jawapannya . ''Hi , saya Amril Daniel . Maafkan saya ! Saya fikir kan awak kawan saya , wajah awak mirip benar dengan dia'' . jawapan dia benar-benar membuat lidah aku kelu . ''Assalamualaikum ! salam perkenalan ,saya Elena Azwa'' Aku sudah dapat mengagak respon yang akan dia beri . Dia terpana tanpa sebarang kata . Aku menundukkan wajah ku . Selang beberapa saat , dia menjerit dan menyebabkan KLIA bergema .''Cikgu!''

*Korang nak tahu kisah selanjutnya . Jumpa saya dulu .. Nur Amelia Azwa :) . Salam perkenalan :)

Tuesday 11 October 2011

ALAHAII , KAKAK LIA :)

Assalamualaikum :) Hari ni kan adik comel kita panggil kita 'KAKAK LIA' . Ya Allah , comel jeh muka dia time panggil tu . Rupa-rupanya ada udang disebalik senyuman dia , adik kita suruh kita buatkan susu dia . Alahaii budak nih . Bijak bestari betul . Ish ish ish :'/ Nak marah pun tak jadi bila tengok dia senyum . Kdah lahh . Lagi pun tade story kita nak cerita dekat korang :) Eh , lupa ! KITA RINDU DEKAT SOMEONE LAA :(

Saturday 8 October 2011

COMEL MACAM KUCING , GARANG MACAM HARIMAU :)

Assalamualaikum :) Apabila bosan melanda , macam-2 boleh jadikan ? Okay . first nak story , Cikedeng a.k.a My fussy boy tukar default picture . Akhirnya , clear jugak gambar dia . Hikhik :D Nak tukar gambar jugak ! Tapi tak ade gambar CANTIK , COMEL laa :( Fitrah Aulia tolong lerr saya :) Tolong yaa , Tolong yaa . Isnin ni boleh laa skodeng DIA ! Yahhhhoooo :) Tahniah dekat AMIRUL ASYRAF sebab banyak salah dekat kertas BAHASA MELAYU . Aduhaii ! B.Melayu pun boleh salah -.- apadahal hahh ? PMR laa katakan .. Maybe sebab TAKUT kott . Kbaboii (FULLSTOP)

Tuesday 4 October 2011

Cool Than Me , Yeah :) !

Peace Be With You, Sayang <3 Nak nyanyi sikit boleh :)
...........................................
Can you feel me , when i think about you . with every breath that i take .
Every minute not matter what i do , my world is a empty place ...
A day without you is like a year without rain :)
...........................................
#cehh ! Actually , lirik lagu tuu tak betul sikit . Tak ape lah kan ?
Hehe :D Sorry Selena Gomez ! Kbaboii :)

Monday 3 October 2011

I MISS YOU , FUSSY BOY :)

Peace Be With You ! Rindunya nak jejakkan kaki dekat sekolah and rindu sangat-sangat dekat Fitrah Aulia , Syamim Balqis , Shazeera , Ameera Syuhada , Natasha Anuar , Syahiratul Earna , Nurin Syamilah , Hasanah and also to My Hero * Si Mata Sepet * . haha :D Actually , macam-macam gelaran yang saya dan Ameera Syuhada berikan . Kan Ameera kan kan ^_^ .. hikhik ! Korang nak tahu gelaran ape yang kitaorg kasi . #KEJAP-KEJAP . First , BABYFACE and then , TENGKORAK pastu , ENDON dan seterusnya KEPALA TELUR :D serta MATA SEPET <-- until now okay saya guna nama panggilan tuu . Hari nih tiba-tiba pula muncul idea nak tukar nama gelaran dia . How about FUSSY BOY ? Saje bagi nama macam tu because dia tu cerewet laa and suka memilih . err -.-'  #taksukatau :( . Kdahh , get to go ! Byee-Byee Sayang :*

Saturday 1 October 2011

Yes,Boss!

Woah ! mengambil masa 24 jam untuk habiskan novel setebal 457 mukasurat .
Ambek kau -.- terkejut mak :) ahha .btw thanks again mama .
                                                       SINOPSIS:Yes,Boss!
   Aryana .. tak pernah terfikir yang dia akan menjadi pembantu peribadi kepada leleki yang menjengkilkan ,
berlagak bagus dan poyo (tapi boleh tahan kacak jugaklah) Tugas hakiki pembantu tidaklah susah mana pun, tapi nasib dia mendapat bos seperti Ilham Irfan :selalu buat dia pening kepala . Setiap langkah bos .. kena turut . Setiap rentak bos .. kena ikut . Semua kena YES,BOSS!
   Ilham .. dia perlukan Aryana untuk cover line bila dia tiada di pejabat dan tolong pastikan temu janji dia dengan semua 'teman tapi mesranya' itu tidak bertindih antara satu sama lain . Sebabnya? dia selalu lupa dengan girlfriend yang mana satu dia patut keluar :)
   Aryana sama sekali tidak pernah menyangka yang hatinya akan terpaut pada lelaki itu dan seterusnya membuat dia terluka . Saat tersedar yang dia perlukan Aryana lebih daripada seorang bos yg memerlukan seorang pembantu peribadi , ada pula halangan yg menanti ! Ah! masakan dia perlu mengalah kepada tauke kolam ikan keli itu :)
Amacam okay tak ? okay kan ;) Act , rasa janggal lah nak updates blog nih :/ mmm .
a'haah ! tadi kan time kita dengan mama kita otw balik dari rumah sedara dalam pukul 9 lebih macam tu kan , mama kita lalu depan sekolah kita . Then , mama kita terkejut sebab ramai sgt budak-2 baru balik . Oppss , kita lupa nak bagitahu mama kita yang hari nih ada Pesta Tanglung dekat sekolah . Cuma yang pasti , kita tak perasan lah *si mata sepet tu pegi ke tak ? arghh ! frust lahh tak nampak dia :( act , dia pegi ke tak hah ? apeape pun kita nak ucap 'GOOD LUCK' dekat *si mata sepet tu cause tahun nih dia bakal calon PMR . good luck k :) heehee . Kbaboii !

Friday 30 September 2011

Peace Be With You :)

Hello , saya masih baru dalam dunia blog nih k and
siapa sangka si budak nakal lagi comel nih bakal ade blog ?
Finally , i get it :) thanks to my mama a.k.a superheroin saya .
Sorry k , english tak berapa okay :) #ayatkelingmaa . hehe
Okay lah , for today edit sikit sikit dulu , Kbye !