Thursday 15 December 2011

GURU SEMASA ( part III )

Hidup tak sentiasanya ceria dan indah Elena! Adakalanya kita suka dan adakalanya kita duka dengan perkara yang terjadi. Takdir Elena! Takdir! Macam roda sebenarnya kehidupan ini. Seakan indah, tenang dan damai kala di atas. Jika kita berada di bawah, penuh dengan dusta yang tak terungkap ertinya.

     Tak mengapalah, biar aku sahaja yang rasa derita ini.

Ya, Allah! Besar benar dugaanMu terhadap hambaMu yang naif ini. Kedua belah mataku mendarat pada figura disebelah. Lena tidurmu sayang!

     "Tak mengapalah abang, biarlah Elena seorang menanggung beban ini" aku menitiskan air mata dan tiba-tiba ibu jari milik suamiku mengusap lembut air jernih yang mengalir tanpa di minta pipiku.

"Kenapa menangis ni sayang?" pantas saja aku mengelengkan kepala tanda tiada apa yang berlaku.

      "Abang tidur la. Elena okey. Elena nak ke tandas sekejap" aku mempercepatkan langkah menuju ke bilik air.

Aku meruap wajahku dengan kedua belah tapak tangan. Mampukah aku melakukannya? Ikhlaskah hati ini mengizikannya? Cemburukah aku nanti? Bertubi-tubi aku menyoal diri ini.

       Aku membersihkan wajah putih bersihku lalu mengambil wuduk. Niat dihati ingin menunaikan solat istikharah, moga diberi petunjuk. Insya-Allah!

Usai menyidaikan telekung pemberian Nek Ya tika menunaikan umrah dahulu, aku mencium dahi Daniel.

       "Elena izinkan abang nikahi Imelda." kataku separuh berbisik. Akhirnya, tidur aku selena dan setenang Daniel.
_____________________

* baca dengan hati yang terbuka. Menulis secara sepintas lalu. Jangan terkejut. Assalammualaikum reader's :)

4 comments:

  1. la....dia dah kawen ke????
    asal lak nak kawen lagi satu????

    ReplyDelete
  2. Kenapa Anismira ? Tak best ya cerita 'Guru Semasa' ni? Apa-apa pun, thanks for support k :)

    ReplyDelete
  3. aik?bla elena kawen ngan daniel?

    ReplyDelete
  4. For your information , cerpen cinta ::Guru Semasa:: yang disiarkan didalam blog Chocolatesummer adalah potongan dari cerpen sebenar . Saya tak mampu nak taip semua. Maaflah sekiranya ada kekeliruan :)

    ReplyDelete